Saturday 12 March 2011

Something to Share, Part 4

Menurut kalam hikmah ke - 27 oleh Al-Imam Ibnu Athaillah Askandary, hakikat manusia terbahagi kepada 4 bahagian:-

1. Manusia yg dijadikan Allah S.W.T. utk berkhidmat kpd Allah dan utk ahli syurga. Mereka ialah para nabi, waliallah, org2 yg beriman dan org2 yg saleh.

2. Manusia yg dijadikan Allah bkn utk berkhidmat kpdNya, tetapi utk mengisi SYURGANYA. Mereka ialah org KAFIR yg pada akhir hayatnya mati dalam BERIMAN kepada Allah. Atau org ISLAM yg beriman kpd Allah dalam masa hidupnya mengerjakan MAKSIAT atau DERHAKA terhadap agama, tetapi pd akhirnya bertaubat kpd Allah dan mendapat HUSNUL KHATIMAH (mati dlm aqidah tauhid serta taubatnya diterima oleh Allah S.W.T.

3. Manusia yg dijadikan Allah bkn utk berkhidmat kpdNya, tetapi tidak mendapat syurga Nya. Mereka adalah org KAFIR yg hidup matinya kufur, tidak menganut agama Islam. Di dunia, mereka tidak mendapat nikmat IMAN - ISLAM dan di akhirat mereka mendapat AZAB NERAKA.

4. Manusia yg dijadikan Allah S.W.T. utk berkhidmat kpdNya, tetapi TIDAK MENDAPAT SYURGANYA. Ketika hidupnya mengerjakan amal soleh, tetapi akhir hayat mereka tidak mendapat HUSNUL KHATIMAH, sebab mereka tidak mengakhiri hayatnya dgn tauhid dan iman yg kukuh pd Allah S.W.T. Mati begini adalah mati yg sangat ditakuti oleh hamba - hamba Allah yg saleh.

Oleh itu, kita jangan lupa berdoa kpd Allah dlm setiap kali berdoa, agar Allah memberikan Husnul Khatimah (baik kesudahannya) kembali kpdNya dgn membawa TAUHID dan IMAN yg sempurna. 

Ketahuilah bahawa HUSNUL KHATIMAH adalah nikmat Allah yg UTAMA yg tidak sanggup dinilai dgn apa nilai sekalipun....
INSYAALLAH.... 

Ya Allah, kurniakanlah Nikmat yg besar ini kepada kami dan bahagiakanlah kami.
Amin, Ya Rabbal - 'alamin..!