Wednesday 19 January 2011

Something to Share... Part 2

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera...

Buat masa ni, aku tenggah baca buku yg bertajuk, "Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf" oleh Prof. Dr. K. H. Muhibbuddin Waly..
Sebenarnya buku ni huraiannya dlm terjemahan indonesia. Buku asalnya, "Al-Hikam"oleh Iman Ibnu Athaillah Askandary...

Aku baru baca 48 m/s.. tapi, sangat bnyk ilmu yg aku dpt dan aku ingin berkongsi.. klu nak kongsi semua, tak larat la nak menulis... aku just share yg termampu sja la ya...

Hak Allah utk hamba - hambanya ada 3:-

1. Menetukan hukum - hukumNya utk dilaksanakan oleh hamba - hamba Nya.
2. Menetukan tentang ajal hamba - hamba Nya.
3. Menetukan segala sesuatu yg dihadapi oleh hamba - hamba Nya di dunia dan akhirat.

Hak hamba yg wajib dilaksanakan untuk Allah ada 3 :-

1. Mengikut nabinya.
2. Tawakal dan menyerah diri kepda Allah.
3. Sabar atas ketentuan - ketentuan Allah hingga kita meninggalkan dunia yg fana ini.

Bab seterusnya, tentang amal ibadah.. yakni terbuka jln makrifat kpd Allah. Sebelum tu, definisi MAKRIFAT menurut buku ini ialah,
" Kita merasakan bahawa Allah ADA di mana saja kita berada. Segala perbuatan dan tindak - tanduk kita dilihat oleh Allah. Apa saja yang kita kerjakan adalah Allah yg menciptakannya. "

Apabila kita melakukan ibadah tanpa perasaan makrifat, walau sebanyak mana pun dianggap sia - sia. Ianya kerana KUALITI ibadah kita amatlah sedikit.

Kita selaku hamba Allah, biarlah amalan kita sedikit, asal saja makrifat kita kepada Allah bersemayam dalam diri kita. Ini adalah lebih bagus, daripada amal ibadah yang bnyk tetapi hati lalai kepada Allah...

Mudah - mudahan Allah SWT memberikan kepada kita nikmat makrifat kepadaNya... Amin...
Walaupun agak susah utk mencapai tahap itu, sekurang - kurangnya, biarlah kita mencuba!!! Insyaallah... (~ ^_^ ~)

No comments: