Sunday 16 January 2011

Something to Share...

Sekali imbas, dunia ni nampak indah, seperti hari2 yg berlalu~
Sedar x sedar... ada golongan manusia ingin kita mengejar dunia ini seperti akan hidup seribu tahun lagi~

Dunia zaman sekarang, menyuruh kita saling berlumba - lumba untuk mendapatkan...
" no. 1 dlm kelas, pointer tertinggi setiap SEM, popularity, pangkat, harta, cantik/hensem paras rupa"
Dan menyuruh kita lupakan TUHAN dan MOTIF SEBENARNYA HIDUP di DUNIA...

Tidak dinafikan, aku sendiri hanyut... Bermula di rumah, sekolah, masyarakat, negara dan DUNIA...
Di mana DUNIA menjadi rebutan... Semakin aku fikir, aku menjadi semakin binggung. Dada terasa sempit, sukar untuk bernafas~

Sebenarnya aku x perlukan semua itu, aku hanya perlukan  dari pertolongan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT... kerana semua itu adalah rezeki daripada Nya...

Oleh itu, kembalilah... kembaliah kepada Tuhan mu... Buatlah apa yg diperintahkan Nya, agar mendapat keredhaan Nya.. Jauhilah segala larangan Nya~

Semoga kita semua diberkati, dirahmati Allah dan dimasukkan kedalam golongan orang2 yg berIMAN dan yg berAMAL SOLEH... Inysaallah~ Amin~

1 comment: